Rabu, 7 November 2012
Hantaran 18000
Dalam tulisan yang singkat dan dalam space yang kecil, suatu bukti kewujudan harus aku berikan. ya, sememangnya bukti. teman gua, Faheem Tahir mem'bullsh*t'kan entri aku pasal bola. he said, entri pasal bola adalah BS. so, fine. we're going into some extreme issue here.
its about hantaran RM 18,000. umat manusia terpaksa berhutang dengan bank, yang lagi teruk terpaksa berhutang dengan along untuk bayar hantaran dan seterusnya berkahwin. aku tak tahu sistem mana yang merasuk manusia sehingga sistem perkahwinan yang asalnya 'easy' dan memudahkan menjadi suatu benda yang payah dan memeritkan.
dan semua ini adakalanya berlaku disebabkan parent, keadaan sekeliling, pengaruh rancangan Wanita Hari Ini, NONA, dan mungkin juga disebabkan perempuan itu sendiri. c'mon gal, are you perfect enough utk meletakkan harga anda dengan nilai sebanyak berbelas belas ribu. anda ada degree, so what? dengan degree yang konon bertaraf dekan, anda yakin 100% bahawa anda layak menjadi seorang ibu yg baik kepada anak anda dan menjadi isteri paling baik?
so rilek. tak payah nak menggelabah letakkan harga hantaran 12k. meletakkan harga hantaran yang tinggi, menunjukkan seolah olah hanya lelaki yang memerlukan perempuan, sedang perempuan tidak memerlukan lelaki. c'mon semua. we need each other. kita sama sama memerlukan.
so now, we need to fight regarding this silly issue. yang perempuan, cuba yakinkan parent dengan masalah ini, dan lelaki pula cuba untuk tidak bertindak bangang dengan mencadangkan hantaran yang tinggi kepada adik perempuan atau kakak anda. jika kita tidak berjuang untuk diri kita sekalipun, berjuanglah untuk generasi akan datang. mana tahu hantaran tahun 2020 mencapai 50k?
and last but not least, jangan anda cagarkan cinta sejati anda dengan harga yang murah. tak semestinya kita berbahagia dengan hantaran yang sedemikian rupa. maka bersederhanalah. banyak lagi keperluan setelah berkahwin.
ingatlah kalian, love is priceless. tiada harga mampu ditawar untuk cinta sejati. cewah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan